Resepi Kek Coklat Kukus Lembap

on Sunday, December 23, 2012




Bahan-bahan kek coklat kukus
1 cawan gula pasir (bukan gula minum tu ya)
1 cawan serbuk koko (selalu gunakan Van Houtten)
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
Bahan-bahan topping kek coklat kukus
150 g thickened/whipping cream
150 g coklat masakan
15 g butter

Cara-cara membuat Kek Coklat Kukus
  1. Campurkan gula pasir, serbuk koko, minyak masak, susu cair dan susu manis ke dalam periuk. Masak sebentar di atas api yang perlahan sehingga semua bahan larut.
  2. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. (pastikan betul-betul halus)
  3. Pukul telur sampai kembang, campurkan dengan adunan koko. Gaul rata dan campurkan adunan tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.
  4. Tutup acuan dengan aluminium foil supaya wap tidak masuk ketika mengukus. Kukus kek selama 45-60 minit dengan api yang perlahan.
  5. Keluarkan kek dari kukusan dan biarkan sejuk sebelum diletakkan topping ke atas kek.
Cara-cara buat topping kek coklat kukus
  1. Campurkan coklat masakan dan thickened cream dalam satu bekas. Panaskan sehingga coklat masakan menjadi cair dengan menggunakan kaedah double boiling.
  2. Kacau sehingga sebati, kemudian tambahkan butter.
  3. Biarkan campuran sejuk seketika. Bila campuran telah suam, curah coklat ganache ke atas kek.
Selamat mencuba resepi kek coklat kukus lembap ni ya...pasti sedap..
Tag : , , , , , ,

Resepi Kek Batik




Bahan-bahan untuk membuat kek batik
250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur
Cara-cara membuat kek batik
  1. Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan. (perlahan ya..jangan kuat sangat)
  2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
  3. Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.
  6. Dah siap..dan boleh la potong-potong untuk dihidangkan kepada tetamu atau sanak saudara yer..
Selamat mencuba Resepi Kek Batik Milo Biskut Marie ni yer..

Tag : ,

Resepi Tomyam Putih

on Tuesday, May 29, 2012

e http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT4-zaM-bxW3oV8tHTsXLtRnVVHYKYoSTu698Tq20kBDlJLIpWTkQ

Bahan-bahan tomyam putih
  • Daun limau purut setangkai
  • Lengkuas dua potong
  • Stok ayam atau kiub ayam (4 kiub)
  • Serai sebatang dua (diketuk)
  • Limau Nipis 6-8 biji (diperah)
  • Cili Padi 10 biji (ditumbuk)
  • Air (2-3 mangkuk)
  • garam secubit
  • Daun Sup
  • Ayam beberapa ketul (boleh tambah sotong, udang fish ball)
  • Susu segar satu sudu besar

Cara-cara

  1. Mula2 rebus air bersama lengkuas yang telah diketuk/ditumbuk guna lesung batu. Masukkan ayam . Rebus hingga mendidih. Masukkan garam 
  2. Selepas itu, masukkan kiub ayam.
  3. Masukkan serai yang telah diketuk ke dalam periuk. Tunggu air merebus. Sambil tu, tumbuk2 cili padi , dan siap2 perahkan air limau nipis Daun sup pun potong2 kecil (1cm )
  4. Next, masukkan air perahan limau nipis, cili padi, tunggu mendidih kemudian masukkan susu segar(guna santan pun boleh)
  5. Siap! hidang guna daun sup. 
Selamat Mencuba!..
Tag : , , ,

Resepi Ayam Masak Merah (Ayam Pedas)

 http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSnU0Ti-Jk8tKt0H9eJ8tICSob8k0cJo2zjYXdzjlv0yobz50ts

bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit 
bahan untuk dikisar
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat 
cara memasak ayam masak merah
  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah padamkan api. 
  5. Sedia untuk dihidangkan. 
Selamat Mencuba!..
Tag : , , ,

Resepi Rendang Daging (Rendang Tok)

 http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQ5AZCC7bwfIWUYZDP10IpW14wJI6tnkic_Y4xyLy37v8S0NUSL3rMOquZ_uA

 

Bahan-bahanresepi rendang daging

  • 1 kg daging- potong halus
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambil santannya
  • garam
  • gula
  • sedikit air asam jawa 
bahan kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering

Cara-caramemasak rendang daging

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan. 
Selamat Mencuba!..
Tag : , , ,
 
© Resepi Tanpa Sempadan | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO